Bila memasak kita tak pernah tinggal menggunakan halia. Masakan dalam berpantang pun ada halia, kan.
Kuat pengaruh halia ni dalam kehidupan kita sebenarnya. Disebabkan manfaat dan kebaikannya yang hebat.
Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, Bdan C, lemak dan asid organik.
Halia bersifat panas dan lembap. Halia juga berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap dan mengatasi angin yang berlaku pada usus dan perut.
Jika ingin membuang angin atau toksin di dalam badan atau perut antara caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci, ketuk sedikit dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh tanpa gula. Jika mempunyai teh hijau lagi bagus. Biarkan selama 2 minit dan boleh diamalkan minum setiap hari
Nak lagi mudah, jom cuba amalkan MADU HALIA BENTONG. Amalkan sesudu setiap hari selepas subuh, atau dicampur dengan air suam dan di minum selepas bangun tidur.
Pasti badan terasa ringan, segar dan ceria.
Comments
Post a Comment