Skip to main content

8 TAKTIK bagaimana hendak memastikan bayi tidur sepanjang Malam

Taktik berikut boleh membantu bayi anda tidur dengan baik dari usia seawal enam minggu. Tetapi ingat, mana-mana sahaja pendekatan yang diambil, anda mestilah konsisten:

1) Buatlah sesi penyusuan

 Pada waktu siang dengan unsur sosial dan ceria.Dan penyusuan pada waktu malam tenang dan sunyi. Dengan cara ini anda akan membantu bayi anda mengatur jam badannya supaya dia dapat membezakan antara siang dan malam.

2)Beri dia peluang untuk terlena dengan sendiri

Anda boleh mulakan ini dari kira-kira enam hingga lapan minggu. Letakkan bayi di atas katilnya ketika dia mengantuk, tetapi masih belum terlelap. Sesetengah pakar menasihatkan supaya jangan membuaikan atau menyusukan bayi sehingga tidur, walaupun pada usia ini kerana dia akan menjadi biasa dengan amalan ini. Terpulanglah kepada anda untuk memutuskan apa yang terbaik.

3)Tetapkan satu rutin tidur

Pastikan ianya ringkas dan mudah: mandi, lampin dan baju tidur, serta bercerita atau nyanyian. Habiskan ritual tidur dalam bilik tidur bayi anda. Adalah penting baginya mempelajari bahawa biliknya adalah suatu tempat yang selesa untuk dia berada.

4)Berikannya objek kesayangan

Ini boleh jadi selimut atau patung haiwan lembut. Cara yang baik untuk membuat bayi sukakan selimut atau beruang teddynya ialah dengan anda berkepit dengan objek itu buat sementara waktu sehingga bau anda melekat padanya. Bayi mempunyai deria bau yang kuat, dan apabila dia terjaga secara mengejut nanti, bau ibunya akan menenangkannya.

5)Biarkan dia menangis

Ini amat sesuai apabila bayi anda berusia empat atau lima bulan. Jika dia menangis selepas anda membaringkannya, pergilah dekatinya. Tepuk dia perlahan-lahan dan beritahu dia bahawa semuanya baik, tetapi sekarang ialah waktu untuk tidur. Berlemah lembutlah, tetapi tegas. Tinggalkan bilik. Tunggu untuk sesuatu tempoh, dari dua hingga lima minit, kemudian jenguknya lagi. Lakukan ini berulang kali sehingga dia tertidur, dengan memanjangkan masa antara setiap lawatan.

6)Peluknya

Jika anda bercadang untuk tidur bersama bayi di katil anda, tenangkan dan buai-buaikannya dahulu sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya supaya dia bersedia untuk tidur. Baringlah bersama-sama dan peluklah dia, buat pura-pura tidur, dengan tegas memberitahunya bahawa itu waktu tidur.

7)Kongsi peranan penenang

Suami anda boleh jadi rakan yang penting dalam hal ini, supaya anda berdua boleh membantu bayi tidur kembali. Sebaik saja bayi anda cukup besar untuk tidak diberi susu pada waktu malam, dia boleh membiasakan diri untuk ditenangkan oleh suami anda. Dia mungkin berhenti daripada memerlukan sesiapa pun apabila dia sedar bahawa dia tidak akan diberi susu!

8)Peka kepada keperluan bayi anda

Pada siang hari, biar bayi merasa selamat dengan mendukungnya dalam kain anduh. Jika dia bangun malam, cuba pastikan apakah sebabnya. Adakah lampinnya basah kuyup, adakah pakaian malamnya selesa, adakah dia mendapat selsema?

Jika bayi anda masih bangun selepas anda meletakkannya tidur, ingatlah bahawa peringkat umurnya berkait rapat dengan berapa mudah dia berehat dengan selesa. Oleh itu anda mungkin perlu menyesuaikan diri mengikut peringkat pertumbuhannya.

Credit baby centre




Comments

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Cacing Pada Kanak-kanak

Malam ni nak share sikit tips turun temurun macamana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak- anak. Mana lah tahu dengan izin Allah SWT menjadi. Mudah je caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut 1. Asam keping 2. Garam 3. Air Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga  garam larut. Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang. Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa. Selamat mencuba😊 - Wan Norma
Tips Mengurangkan Panas Badan Anak Yang Demam . Bila bercakap pasal demam, antara tips yang selalu kita dengar adalah “jangan mandikan anak dengan air sejuk”. Itu antara yang biasa didengar. . Tapi, apakah tips lain yang boleh digunakan? Maksud Izah, tips yang berkesan lah kan, takkan yang tak berkesan pula ye tak. . Okay. Akak-akak boleh cuba tips ni. Biasa Izah buat macam ni juga, Alhamdulillah perubahan tu agak ketara juga. Panas anak memang menurun. . Ambil sebiji buah lemon dan hiris nipis-nipis. Isi besen mandian anak dengan air hangat untuk mandi. Perahkan hirisan lemon tadi dah masukkan sekali hirisan tu ke dalam air mandian tersebut. Semasa mandikan anak, biar anak berendam sehingga kulit mereka ada tanda-tanda kecut. Selagi belum nampak kecut, jangan angkat. . InsyaAllah, akak-akak akan nampak perubahannya nanti 😉 . . #info by MHAMSB #MinyakHerbaAsmak

SENARAI PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN ASMAK

SENARAI PRODUK ASMAK ===================== 🌻MINYAK HERBA ASMAK🌻 ✔ Sesuai untuk asma, batuk, kahak & selesma. ✔ Membantu mencairkan kahak ✔ Boleh juga digunakan juga untuk masalah sembelit, kembung perut, buasir, digigit serangga, luka, tergeliat, terkena api, bengkak, lenguh & sakit gigi. ✔ Terdapat minyak habbatussauda', minyak gamat, minyak kayu putih & herba akar kayu terpilih. ❤Minyak Herba Asmak 30ml - RM39 🌻 JUS ASMAK GOLD🌻 ✔Sebagai pelengkap kepada Minyak Herba Asmak ✔Sesuai sekali untuk yang menghidap asma yang agak teruk ✔Juga melegakan batuk, kahak dan selsema, menguatkan ketahanan badan dan meningkatkan kesihatan supaya lebih cergas dan aktif ✔ Sesuai dari 3tahun hingga dewasa ❤Jus Asmak Gold 350ml - RM44 🌻 ASMAK HERBS🌻 ✔ Membantu melegakan Resdung & alahan ✔ Juga membantu masalah semput,jerawat, sakit kepala,demam,sakit badan & eczema secara dalaman. ❤Asmak Herbs 30 biji - RM35 🌻BEDAK ASMAK🌻 ✔ Merawat ruam pada bayi, e...